Sunday, January 23, 2011

::Periuk Monkey::

Salam All...!

Penah dengar itu Periuk Monkey x? Of course la x penah kan? Kalau sebut Periuk Kera tau x apa dia? Tak pernah jugak? Aigoo.. Pi Google sane. Periuk kera pun tatau ka?? OK. Pada yg tahu and kenal apa itu periuk kera, sy nak citer sket. Sket je x leh banyak-banyak. Hohoho.

Pokok Periuk Kera merupakan sejenis pokok herba. Pokok Periuk Kera mempunyai nama sainsnya Nepenthes spp. Pokok Periuk Kera biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur, kekurangan nitrogen. Pokok Periuk Kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya. Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers). Sesetengan sulur membentuk periuk berongga. Spesies berlainan mempunyai periuk berbentuk dan bewarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah merupakan epifit (epiphytic). (sumber)
Hah tengok. Sy da google kan untuk korang da.

Itu secara general nye tentang Periuk Kera. Kat kampung sy which is Kampung Tenang, periuk kera ialah makanan. Iye. Kami makan periuk kera. Selalunya kalau datang kampung sy time raya confirm ada juadah ni. Kira alternative pada lemang la. Nak wat lemang leceh kan? Periuk kera ni sempoi je. Sape-sape pun boleh wat. Nak belajar? Err I xtau la u. I biasa nya tukang basuh kulit je. Hehe.
Periuk kera selepas dibasuh

Periuk kera ini sangat delicious ye. Orang yang x pernah makan mesti akan tanya, "Kulit ni nak makan sekali ke?" Mr.Ayah sangat tidak-boleh-blah. Dia pegi bitau kawan dia kulit tu boleh makan. Kesian kawan tu. Dia pun telan kulit periuk kera tu. Terkejut Mr.Ayah sebab dia sangat lurus! Hahaha. Sebenarnya kulit tu x payah makan ye kawan-kawan. Buang kulitnya dan makan isi sahaja. Sekian.

Ini pulak kisah my anak buah, Mr.Ilham. Sebagai seorang anak yang baik Mr.Ilham pun konon-konon nak tolong mama nya yang sedang menyiapkan periuk kera untuk dikukus. Perlu diingatkan beliau berusia 4 tahun ketika kejadian ini dirakamkan. Huhu. Sekonyong-konyong dia pun menuju ke mamanya. "Mama, mana periuknya? Abang nak tolong mama ni", sambil menuju ke tempat periuk belanga. Pn.Mak pun tunjuk pada Mr.Ilham periuk kera. Terkedu budak tu. Matanya tepat memandang selonggok periuk kera yang berada di dalam besen. Pn.Mak berkata "Ini periuk monkey" Mr.Ilham dengan muka yang sangat terkejut terus angkat periuk kera tu. "Abang pegang ekor je" Ekor tu merujuk pada tangkai periuk kera tersebut. Haha oleh kerana kami cakap itu periuk monkey maka ia pun ada "ekor" la. Hahaha. Dan itu merupakan periuk kera yang pertama dan terakhir buat Mr.Ilham sebab lepas tu dia continue bermain pasal geli dgn periuk monkey. Haha.

Kt bawah ni periuk kera sebelum dan selepas masak. Pulut+santan+garam=kukus. Senang je kan? Cubalah! Hehe





Lupa nak habaq. Periuk kera ni kalo makan skali ngan rendang ke, kari ke, kuah masak lemak cili api ke... Pehh mang TERBAIK!!

:..Otey2.. Shabar2.. .:

Friday, January 21, 2011

::Penat::

Semakin hari semakin penat.
Mula-mula buka laptop.
Lepas tu buka jobstreet.
Lepas tu search keja.
Pastu apply.
Copy paste sana sini.
Attach sana sini.
Yang panggil interview sikit je.
Nak pegi pn pk 5,6 kali.
Wet xde nak wat tambang bus.
Bile da cnfirm nak pegi kena google plak.
Google cari info untuk interview.
Dah cari tu nak sort out plak mane yang penting.
Lepas tu nak baca, fahamkan. Ingat.
Bila pergi interview sume jadi kucar-kacir.
Shamimi, awk terlalu jujur.
Perkara yang x patut awak cerita pun awak pergi cerita watpe?
Last2 menjadikan awak nampak lemah je.
Sume ni sungguh memenatkan saya.
Tak larat je rasenye.
X boleh ke pergi interview terus dapat keje?
Macam kt Senheng tu?
Tp Senheng tu keje nye tak berapa berbaloi.
Yang kerja berbaloi-baloi xde ke untuk saya?
Xpela. Keje dulu kat Food court ni. Timba pengalaman.
Harap-harap semua ini takkan lama.
Sinar itu pasti muncul untuk saya suatu hari nanti.
Saya Yakin!


Ini impian saya. Sy x boleh penat. Kalau sy penat impian sy akan meninggalkan saya. Saya Yakin rezeki itu akan berpihak pada saya jugak akhirnya. Hooyeh!!


:.Otey2.. Shabar2.. .:

Wednesday, January 19, 2011

::No Title::

Hello There!

Ape nak citer ek? Hmm dalam entri yg sebelum ni ada cakap nak keje ngan Senheng kat Bangi kan? Ekceli da cancel la itu tempat. Suda tukar maa. Suda tidak jadi oo. Secara tibe-tibe ada satu job offer yang lagi memudahkan sy suda masuk oo. [yeke? hopefully. huhu]. Jadi nye sy pun menerima job offer yang tersebut.

Tapi sy paling x boleh lupa pngalaman interview kat 'suatu tempat' la yg saya hadiri minggu lepas. Oh it wasn't Perodua ok. It was somewhere which i don't think i will be standing there again. Haha. Ada ke dorang nak judge sy hanya berdasarkan beberapa minit yang dorg mengadap muka sy tu? Cannot masterji. I didn't tell u the truth. Setiap cerita yg sy btau ada sesuatu di sebaliknya. U can't judged me based on what i've told u bcoz ape yg sy cerita itu bukan perkara yang paling sebenarnya. Why should i tell you everything since u'll be judging me falsely no matter what. Beberapa minit di bilik interview tidak akan membolehkan kalian mengenali 100% seseorang itu. So don't think that u know everything and told me something which is untrue! Aigoo. Sy sedikit bengang la. U guys just don't know me ok. Hish they really made me hate this so called 'INTERVIEW' session mey. Sy suda tawar ati mau cari keje lg wat mase ni.

Oh terlupa pasal by-election ek. Akhirnya...... Jalan depan dan tepi umah saya telah berjaya diturap baru. Thanks! hehe. Sy suke! Nanti sy g ngundi eyh. Haha. Tapi ada perkara yang membuat saya bengang. [Lagi!] Aigoo bape kali nak btau nama kampung sy Kampung Tenang. Bukan Kampung Redong. Mcm Mr.Ayah selalu membebel. Dorang ni xtau sejarah ke? Kampung Redong tu nama lama. Nama baru is Kampung Tenang. Dun Tenang tu pun dari Kampung Tenang la. Yang buka Kampung Tenang ni pun Tok Tenang. Ish macam mane lagi nak btau dorg ni. X faham sy. Tengok la gambar tu. Aigoo.

Keadaan jalan tepi umah sy sebelum diturap. Dahsyat!
Ini pula selepas diturap. Sowie mase ni jalan kt tepi umah still in progress. X dapat amik gambo. Hehe


:.Otey2.. Shabar2.. .:

Tuesday, January 11, 2011

::Kerja::

Holla!

Semalam saya telah menghadiri interview keje kat senheng. Tibe-tibe terus dapat plak. Upenye keje jadi sales assistant aje. Patut le. Huerm.. Xpela daripada xde keje langsung baik saya pergi je kn?

Kebetulan tempat keje nye kat Bandar Baru Bangi plak. Oh tempat makcik saya je tu. Jalan kaki je kot. Wahh gembira betul! Cuma yang x berapa gembira sebab kena training 15 ari kat Pandan Jaya. Aigoo... Lama tu! Jauh plak. @#$%^*@#$

Hari Khamis ni pulak saya ada interview kat Perodua. Hooooope sangat dapat keje kat situ. Tapi kalau kata x dapat tu anggap jela xde rezki kan? Keje la dulu kat senheng tu. At least keje jugak. Dapat wet jugak. Hee

Oh lupa nk komen pasal AJL 25. Pemenang lain sume saya setuju tp tang juara nye saya cm ternganga sikit. "Haa...?!" OK. Sile tgk barisan juri. Kemudian saya tutup mulut. Angguk-angguk kepala. OK. Saya faham.

Dan Gelanggang Raja Lawak 5 pun baru buka tirai minggu lepas. Ntah macam mana dgn tidak semena-mena saya ter'tonton' pulak. Wahh season ni punye menarik la. My faveret of coz la Kopi O and Epy. Cuma saya tak faham nape Afdlin kata dorang kurang menyerlah malam tu. For me, Kopi O la yang menbuatkan kami satu keluarga dok terguling-guling ketawa. Sorry jiran. Kami bising sikit malam tu. Pontianak masuk umah. Kih kih kih. =p



Ni la gmbr kumpulan Kopi O. Masa ni dorang tengah saling berbunuhan kunun nye. haha lawak je dorang wat slow motion. Sakit tekak aku ketawa.

Ok la. Da fenin x tau nak cite ape. I'm not a good story teller lorr. Membebel kt MBS pandai la. Haha sian dia. =p

:.Otey2.. Shabar2...:

Friday, January 7, 2011

::Coincidence::



Salam..

Oh saya sangat suka bercakap pasal coincidence. Sangat-sangat suka. Pengaruh drama la ni. Kan kat dalam tb tu selalu tunjuk kapel ni berjumpa secara coincidence. Pastu a lot of things happen sebab coincidence jugak. Jadi saya pun cuba mencari "coincidence factor" dalam hubungan saya dengan MBS. Poyo is it? Bio le. =p

Kemudian saya telah mengesan beberapa coincidence ini:

1. Masa our 1st date berdua [b4 tu ada gak kua sama tapi ramai2], time ni lom kapel tau. Lokasi: Kedai makan kat Alor Gajah. Masa: Tengahari kot. Nak oder makanan. Secara kebetulan kami berdua oder nasi goreng kampung. Tup2 makcik amik order tu leh cakap "sehati sejiwa betul". Adoih! Malu kami! Da la time tu lum kapel. We don't even know if we like each other. Tersengih-sengih je kami waktu tu. Haha

2. Dia lahir bulan 1, wa lahir bulan 2. Dia lahir 10hb, wa lahir 18hb. Ok takde pe yang menarik sangat pun. Tapi tu kalendar Masihi tau. Kalau kalendar Islam plak, let's take a look ~
MBS: 9 Jamadilawal
Me2: 8 Jamadilakhir
Ouh saya suka!

3. Kemudian saya cuba-cuba menambah tarikh lahir kami. Tambah punya tambah kua nombor ni~
6776
Ok. Mak x suka. Dia cakap 7-6 (terjunam) haha

4. Jadi saya tukar sikit. Still tarikh lahir tapi cara penambahan ada sedikit berbeza. Kelentang kelentung kua plak nombor ni~
4004
Yeay! Nothing bad about this. Leh wat official number untuk plat keta. Haha

I LOVE COINCIDENCE!

~Otey2.. Shabar2..~

^____~

::Keluar dari Pertapaan::

Salam...
Dah lame x update blog ni kn.. Pasal apa? Tengoklah blog ni pn. Yahh I know... It’s suck! Orang lain punya entry dok tengah-tengah, cun aje. Tapi wa punya senget sket ke tepi. Wadehel? Lantak la ye dakk?? Yang penting still boleh bace pe. Wa da pusing-pusing seluruh kawasan tapi tidak ketemuan dong dimana yang harus wa tukar. Fenin la. Fenin. [Talking to myself: Should I really bother about this?]

Wokeyh! Sepanjang tidak meng’update’ blog ni macam-macam jadi kat wa. Wa da kawin, ada anak, ada cucu. Wahh tipu sangat! Haha. Ok, ini adalah apa yang terjadi sepanjang-panjang yg wa x update ni. Actually wa tulis apa yg wa ingat jela kan. Beratus-ratus hari tu. Tak kan wa nak tulis satu persatu balik kot ann. Huhu

1. Selamat Berpuasa. Da lame gile lepas tapi baru nak wish. Takpelah. Ucapan ni tak basi pun. Taun depan tetap gak ucapan yang sama. [Talking to myself: Oh! Saya belum mengganti. Kebiasaan shamimi: ganti last minit. Amaran! Jangan ikut!]

2. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Ok. Yang ni pun tak kan basi.

3. Selamat Hari Raya Qurban. Still. Tak basi jugak. ^_^Y

4. Saya da final exam. Tah pape je jawab.

5. Saya telah melalui sesi terakhir bergelar pelajar. Pheww! Akhirnya abis jugak seyy..

6. Saya telah dapat result. Urmm ok la.

7. Dengan itu secara rasmi saya telah tamat belajar! Yeay!

8. Kemudian saya menjadi tension. Tension sebab wet ptptn da abis, tapi keje x pat lagi, barang banyak nk beli, agenda macam-macam ni! Haha [Tahniah!]

9. Pergi Shah Alam untuk menghadiri wedding one of my bff, Puan Aye. Tetiba dapat tau MBS punya ptptn da masuk Waaa gembira sangat ni! Puas ati dapat tengok wayang banyak2. Ce cite. Ce cite. Hehehe.

10. Telah dijemput untuk ke Kuantan menghadiri seminar..... [berbual lebat!] errr ekceli bermastautin seketika di umah my sis untuk menolong dia set up kedai makan. But in the meantime, still bermalas-malasan lagi kat umah dia menghabiskan boghas pasal kedai lum ready lagi. Aigoo.

11. Oh lupa nak mention! Sepanjang tidak bergelar student ni and menghabiskan masa menonton television, saya telah menjadi addicted kepada k-pop. Ye. Saya tau. I’m a little bit older untuk menda alah k-pop ni. Tapi masalahnya rancangan kat KBS World tu betul-betul wat wa pecah perut and tak kering gusi la. Wa gelak tak hengat dunia munye. Lagi-lagi 1Night and 2Days tu. They are just simply hilarious and awesome! Promo: Setiap Jumaat malam jam 11.30pm. Don’t miss it! Haha [MBS pun da ske tgk rancangan ni. Dia suka Hodong la tapi. Wa ske Seunggi. Laagi comel. Jongmin lak naive and funny! Hee]

12. Cuba mententeramkan diri dengan mententerakan diri. Wahh apa itu? Ekceli aa wa cuba mententeramkan diri dari dilanda kejicauan melihat teman-teman seperjuangan yang lain telah mendapatkan kerja woo. Dan juga married. Oh saya memang sedang bertenang.
.
.
.
.
.
13. Ok! Bercakap pasal tenang baru ingat hal ini. Kawasan Dun saya which is Dun Tenang telah kehilangan ADUN nya pada Disember lepas. Al-Fatihah. Jadi secara automatic nya kerusi Dun Tenang itu kosong. Sebagai penduduk Kampung Tenang saya merasakan by-election akan diadakan [yes! Boleh la kampong aku glemer masuk tiwi] Eh tak2. Ekceli saya menanti-nanti by-election ni untuk menyuruh pihak berwajib menurap jalan kat tepi umah saya yang telah rosak akibat kerja-kerja korekan [ok. Saya jumpa signboard “Kerja-kerja korekan sedang dilakukan” masa berjalan-jalan kat Pangkor haritu] longkang beberapa tahun lepas. Jadi, dengan adanya by-election ni hope jalan tu akan kembali kepada sediakala. Nanti time saya wat wedding jalan tu da cun da. Wahh berangan~ haha
Nampak x tak "KERJA-KERJA KOREKAN"?? Ape daa.. haha

14. Yaa bulan lepas pada bape haribulan tah tak ingat Ayah telah membawa kami sekeluarga bercuti di Pulau Pangkor. Menarik la jugak pasal da lama tak gi holiday. Gambar sila tengok di fb ye. Sekian

sneak peek only. huhu

Owait! Panjang sangat ni membebel. Almaklumlah lama bertapa. Busy sket la. Siyes ni. Tak tipu! Ok la.. Itu je untuk setakat ini. Doakan saya cepat-cepat dapat kerja ye. Nak gi interview pun cuak nih! Aigoo. Macam mana la ni. Life must go on. Kn?

~Otey2.. Shabar2..~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails