Wednesday, December 12, 2012

:: Besar Periuk Nasi, Besarlah Keraknya ::

Salam..

Hari ni nak membebel lagi.

Aritu masa jalan2 kat blog orang, terjumpa lah satu blogger ni. Dia buat business MLM lah. Income toksah cerita la kan. Ratus2 ribu bhai. Tapi itu bukan perkara yg sy nak cerita kat sini.

Ada satu entry kt blog dia tu cerita pasal dia nak beli rumah. Dia cakap, dari income dia setiap bulan dia kena simpan untuk bayar deposit rumah. So dia tinggalkan sedikit bahagian 'gaji' dia untuk perbelanjaan harian. Tak banyak. Dalam 10-15k je.

OK. Ulang siar.

RM10,000 - RM15,000 sahaja untuk perbelanjaan harian.

Dua tiga kali gak la sy baca phrase tu. Sure ke ni? Perbelanjaan harian untuk sebulan sampai RM15k? Kau belanja ape sehhh?

Kita ni gaji sebulan tak sampai 5k pun, tolak pulak lagi dengan hutang kereta, hutang rumah, hutang2, segala bil, eh cukup aje dik untuk uruskan perbelanjaan harian tu. Awak pulak kena provide sampai RM15k untuk perbelanjaan harian?
Wow. Serious terkesima.

Eh bayangkan orang yg bergaji RM600 sebulan pulak. Camne tu? Tapi tengok dorang elok je sihat Alhamdulillah...

Bila sy cerita pada MBS pasal benda ni, dia jawab simple je..

"BESAR PERIUK NASI, BESAR LAH KERAKNYA"

Hmm.. What a simple thought but explain everything.

Betul lah tu kan? Makin besar gaji kita, makin banyak yg kita nak kena bayar. Desire kita pun makin jadi lain macam. Makin besar berganda2.

Pernah rasa tak situasi bilamana gaji setiap tahun naik, tapi setiap hujung bulan balance yg ada dalam account sama je macam sebelum gaji naik pun. Sedangkan, by right if gaji naik , baki setiap hujung bulan tu pasti akan bertambah jugak kan. Means like ada duit lebih la.

Tapi nampaknya itu tidak terjadi ye.
Gaji naik, tapi bila hujung bulan duit tetap banyak [sikit] tu jugak. Kat mana silapnya? Sy pun tak boleh nak explain. Tapi dari segi logik akal, bila nampak duit kita banyak, keinginan kita untuk belanja duit tu akan tinggi. Mungkin waktu gaji kecik kita takde beli insurans. Bila gaji dah besar sikit tengok macam mampu nak beli insurans, kita beli. Let say gaji naik RM200. Insurans pulak bulan2 RM180. Nah, it explains everything right?

So, bila MBS cakap "Besar periuk nasi, besar lah keraknya" tu, sy terus "Yalah... Betul jugak"

But still, RM15k untuk perbelanjaan harian selama sebulan? Kau beli ape sehhhh??

Otey2.. Shabar2..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

:: 3D Street Painting yg Mengagumkan ::

Gambar2 kat bawah dilukis menggunakan chalk (kapur tulis) dan cat. Tapi serious cantik. Gambar pahlawan Lego. Kenapa Legoland Nusajaya takde benda ni? Nak tengok depan mata oit!
Papepun, enjoice with the pict !
Otey2.. Shabar2..







Sunday, December 9, 2012

:: Tok Kadi Oh Tok Kadi ::

Weeehuuu..

Dah seminggu bermaustautin di Dorrey rupanya. Kejap je masa berlalu, kan?

Walaupun hari ni hari minggu, tapi sy keseorangan di rumah. Sebab MBS kerja. Dia cuti weekdays okeh T_T

Tapi takpelah. Yg penting malam ni boleh layan Semi Final Pertama Piala AFF Suzuki 2012 bersama MBS di Stadium Astro! Huhu. Atau Stadium TV1 je? Tak kisah la mana2. Yg penting Go Harimau Malaya! Cakar dan baham itu gajah! Ngeh3.

Eh percaya tak, selepas 3 bulan berlalu kami masih tak dapat sijil nikah lagi. Bukan sebab sijil belum siap, sijil dah siap tapi belum ambik lagi. Why? Begini ceritanya...

Masa time nikah hari tu, Tok Kadi cakap dia akan hantar sijil nikah tu kat rumah. Tapi tunggu punya tunggu takde dapat2 jugak. So we decided to call Pejabat Agama Segamat sendiri. According to them, sijil tu memang dah siap. Tapi Tok Kadi tak ambik lagi. Tak tau la sebab dia lupa ke atau ada sebab lain. Orang Pejabat Agama tu cakap, kebiasaannya Tok Kadi tu memang akan datang and ambik kan. Dia akan beri sekali borang untuk buat Kad Pintar Pengesahan Nikah tu. (Kad tu pulak 3 bulan baru siap okeh)

Haihsss. Segan la pulak nak tanya Tok Kadi tu kenapa dia tak ambik lg sijil tersebut. Ke nak pergi ambik sendiri? Kang Tok Kadi tu terasa la pulak. Nampak macam dia tak buat kerja pulak. Dua2 perbuatan pun boleh menyebabkan Tok Kadi tu terasa. Betul tak? Ke nak tunggu lagi? Tapi sampai bila? Alaaaa confuse la gini.

Mak.. Tolong ambe..



Otey2.. Shabar2..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

:: Ratu Bebel ::

Salam and Hi!

Sy percaya, kat luar sana pasti ramai wanita yg merasakan mereka adalah orang yg kuat membebel atau dalam bahasa Mat Saleh, babbling. Mana ada perempuan yg tak kuat bebel.... Ada ke? Ke ada? Tapi sy je yg tak tau. Hewhewhew.

Ok la. Mostly memang perempuan ni dilahirkan untuk banyak cakap. Especially membebel benda2 yg kita rasa tak sepatutnya dilakukan oleh suami or BF kita.

"Kenapa awak buat macamtu? Sepatutnya macam ni"

Anda biasa keluarkan ayat seperti di atas? Gimme Five sikit! :D

Kesian kaum Adam, mereka adalah penerima paling banyak hasil2 bebelan kaum Hawa. Kui3. Mungkin mereka dilahirkan untuk tahan telinga...kot?

Kadang2 lelaki akan rasa apa yg kita bebelkan tu macam unnecessary. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Tapi pada kita, setiap patah perkataan yg dikeluarkan adalah penting dan mustahak untuk diluahkan. Lelaki je yg kadang2 [selalu] tak faham betapa mustahaknya bebelan2 tersebut. Bila suami or BF masih buat perkara yg kita pernah bebelkan, mesti rasa nak membebel seround lagi pada Si Dia tu. Setuju, girls?? And lelaki pulak, kenalah tahan telinga. Nasib la geng. Siapa suruh tak pay attention. Keh3.

Tapi, jika seorang perempuan lain mengatakan anda seorang yg kuat membebel, makanya kamu memang betul2 Ratu Bebel. The best among the best! The Great Babbler !! Haha

Pernah kena?


Sy pernah -_-"

Adik sy [selalu] cakap,

"Angah ni membebel je. Kesian anak dengan suami angah nanti. Mesti penat dengar angah membebel tak abis-abis"

Eh??

Incik Usben a.k.a MBS, awak penat tak dengar sy membebel?

Confirm MBS akan jawab,

"OK jek"

Sebab MBS is my Mr.Bolehman or OK-man. Apa je kita tanya, jawapan dia "Ok jek. Boleh jek"

Contoh 1:

Mi: Sedap tak sy masak hari ni?

MBS: Ok jek

Contoh 2:

Mi: Hujung minggu ni awak keje shift siang, sy balik rumah mak ye.

MBS: Ok. Boleh jek.

Contoh 3:

Mi: Sy malas masak la. Kita makan luar ek.

MBS: Ok. Boleh.

Punyalah panjang kita membebel, jawapan dia simple je kan. Lelaki beb. Memang camtu.

Lelaki kuat bebel?

Oh itu Ayah sy.

Opsss!

Otey2.. Shabar2..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 7, 2012

Maharaja Lawak Mega 2012

I don't think it's appropriate to include people like Badul, Imuda, Mat Ober dan seangkatan dengannya bertanding dalam MLM ni. Mereka telah berada dalam kelas mereka sendiri dan tak sepatutnya ada kt situ sebagai peserta. Kesian tengok dorang kat bottom 3 sedangkan dorang adalah pelawak senior. They are not supposed to be there. It's like menjatuhkn maruah dorang jek. We respect them and watching them memperb*d*hkn diri buat lawak semata2 nak dapatkan undian, duhhhhh I don't want to see that happen!


Haaaa kaannn dah panjang membebel tu. Dengan takde mukaddimah yek.

Haha

It supposed to be posted to my FB's wall, tapi bila tengok macam panjang sangat je sy membebel, terus tukar and up dekat belog je. Kekeke.

Ok. Tu je nak cakap. Bye!


Otey2.. Shabar2..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 3, 2012

:: New week, new month, new beginning ::

Salam..

Hari ni rasa gembira sikit. Bukan sebab sy seronok nak pergi kerja [oh tidak lah] , tapi sebab today is Monday the 3rd!

Heh? *angkat kening sebelah*

Monday the 3rd...?

Apakah?!

Ok. Untuk simplified cerita, here's the justification for me to cheer on Monday the 3rd :-

i) Hari Isnin. Which mean permulaan minggu yg baharu

ii) 3hb. Which mean permulaan bulan yg baharu untuk minggu yg baharu.

iii) MBS mula bekerja di outlet. Bermaksud bermula lah kehidupan kami sebagai fulltime husband and wife yg pasti akan ada pancarobanya sepertimana yg pasangan2 lain lalui. Tiada lagi PJJ [oh excited!]. Really looking forward for this day to come. Finally it has come. Gembira rasa di hati. Ekekeke.

iv) Duduk rumah baru berdua secara rasmi. `^_^

Kesimpulannya, Monday the 3rd ialah sangat significant dengan apa yg berlaku dalam kehidupan kami sekarang ini. Semua pun baru u'olls. Fuh. Rasa lega. Tak sabar untuk melalui hari2 yg mendatang.

Otey2.. Shabar2..

;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails