Saturday, January 5, 2013

:: BiG Agenda ::

Salam.

Hamboih lama betul baru dapat nak review pasal reception of my wedding which was held a day after solemnization took place. Ini semua sebab tunggu gambar dari photog la ni. Huhu

Apa yang boleh sy simpulkan mengenai wedding reception is ia memang memenatkan. Mata of course la sangat2 berat sebab ada fake eyelashes tu. Ergkh tobat taknak pakai lagi menatang tu. Berat kot weh mata. Terganggu betul den. Camne la artis2 boleh suka pakai menatang tu lama2? Tak letih ke mata? Eh banyak lak bebel pasal fake eyelashes ni. Hehe.

Ok back to the original purpose of this entry. About our reception. Ngeh ngeh ngeh.

Sy bahagikan entry ini kepada beberapa bahagian supaya mudah sikit nak cerita hokeh?

1. Rewang

Rewang terbahagi kepada dua. Rewang kecil and rewang besar. Rewang kecil ni biasanya 2,3 hari sebelum rewang besar berlangsung. Sewaktu rewang kecil ni hanya saudara mara dan jiran terdekat yg datang tolong. Kerjanya pun tak banyak. Macam pasang penanggah atau kat kampung sy disebut Sabak [ironi betul la. MBS kan orang Sabak Bernam], pasang khemah, sediakan doorgift. Macam dalam kes sy, doorgift memang part paling mencabar la because sy guna gift box. So part nak pasang gift box tu memang sakit seluruh badan kot. Bayangkan kena buat sampai 1000 pieces. Gila penat! Memang nak menangis siapkan benda tu sebab time rewang kecil kan tak ramai, so tak ramai yg dapat tolong sy. Wuwu. Dah la makan space pulak tu. Macam gunung setimbun giftbox kosong yg belum berisi goodies. So, lesson learnt: Pakai goodies bag ala2 bekas letak goreng pisang tu pun wokey bhai! Kan sekarang dah macam2 kaler ada. Pink, biru, cokelat, hijau, dll.

Ini lah sabak
Then hari rewang besar pun tiba. Rewang besar ni sehari sebelum majlis bersanding. Masa tu sy rasa macam lega sikit sebab yakin kerja2 pasang giftbox and siapkan goodies akan menjadi mudah sebab ramai yg datang membantu. Mujur lah hal2 doorgift ni dapat disiapkan sebelum malam. Kalo sampai malam memang pengsan la sebab malam nak bernikah oi! Kalau rumah still bersepah dgn giftbox tu acano? Disebabkan nak siapkan giftbox tu la sy tak berkesempatan nak pergi spa segala bagai sebab tak sempat weh! Frust betul rasa di hati. Hewhewhew.

Pada hari tersebut sy telah tidak dibenarkan untuk keluar rumah hatta ke pekan berhampiran pun. Plan nak pergi town ambik wedding cake tapi nampaknya terpaksa minta tolong orang lain. Haish terasa seperti Raja! Raja mana? Rajagopal! Ok bukan. Baik Raja Kapur kot dari Rajagopal. Tapi kalau Raja Kapoor pun sy taknak lah. Nak Raja = King jek. Ok dah melalut. 
Maka sy hanya duduk di rumah buat apa2 yg patut sementara menanti malam menjelang. It's Nikah time! Hoho 


 2. Malam pernikahan 

Saat pertama bergelar suami isteri :p
Ok. Yg ni sy dah cerita panjang lebar dalam entry sebelum ni ek. Siap suruh korang enjoice dengan gambar2 taken by photographer tak bertauliah lagi. Walaupun dah bayar OP untuk 2 events (nikah + sanding), tapi disebabkan perubahan tarikh nikah yg telah menyebabkan pertindihan jadual OP tersebut, maka time nikah tu terpaksa la guna my sister untuk jadi OP ambe. Mujur jugak rumet dia ada DSLR bagi pinjam 1 malam. At least better sikit la kualiti gambar2nya..kot? Hasil bidikan my sis and editing by me, maka terhasil la gambar2 seperti tersebut. Sempoi je edit guna PhotoScape :D 

3. Pagi BiG Day 

Morning! Wah bangun pagi rasa lain macam. Maklumlah pagi pertama bergelar Puan. Weehuu! Walaupun time tu masih tidur sebilik dengan adik2 sebenarnya. -_-"
Tapi lepas tu rasa sayu gak la sebab pasni tak tidur bilik tu dah. Dari kecik tidur bilik tu kot. Lepas je bersanding nanti dah kena tidur bilik lain. Hukk. 
 Hari tu jugak hp buat hal. Touchpad tak function. Peh, baru nak update2 kat fesbuk. Hampagas betul hp aku ni tau. Susah jugak la nak kontek2 MBS masa tu. Apa yg sy tau, sementara menanti waktu bersanding sempat jugak lah FIL ku cecah2 kaki kat Kolam Air Panas dekat2 situ. Apa pun sarapan kami pagi tu Nasi Lemak memang terbaik! Gile sedap! Pandai mak cari orang yg buat nasi lemak sedap. Huhu.

Yassinan tengah marhaban
Ok berbalik pada kisah Pagi Hari Bersanding, pagi tu ada bacaan Yassin dan marhaban oleh kaum wanita kat kampung tu. Mak la yg beria-ia nak adakan Yassin tu sampai terpaksa ubah tarikh nikah. Sepatutnya nikah 9 September ok [baru nak feeling tarikh nikah macam filem Fasha and Pierre tu]. Tapi takpelah. At least pagi tu sy boleh relax2 sikit. Serious relax. Mak andam datang pukul 12 kot. Sementara nak tunggu mak andam tu sy melepak je kat dapur borak2 dengan saudara mara. Rasa macam "eh betul ke hari ni my BiG Day?" Haha.
Yassinan yg terdiri daripada orang kampung 
Time tu perasaan memang macam tak percaya yg orang dok sibuk2 kt sekeliling luar and dalam rumah tu semata2 untuk menjayakan majlis sy ke? 

Adik sibuk dengan team zapin dia yg diimport khas dari SAMURA. Thanks kat bebudak tu sebab sudi datang dari jauh untuk menghiburkan kami ^_^

Tengah kecoh2 tu baru perasan mangkuk polisterin untuk bubur barley+jagung belum beli! Haha lawak betul. Bubur dah siap. Tetamu dah mula sampai tapi bekas nak isi takde. Maka terpaksa lah bapa mertua kakak turun town untuk pergi beli bekas tu. Terima kasih kepada family mertua kakak sebab banyak berhempas pulas untuk majlis sy. Perkara seterusnya sy tak tahu sebab dah masuk dalam bilik untuk di make-up kan. Hewhewhew.

4. BiG DaY - Persandingan

Masanya telah tiba,
Bertekad bersemangat,
Capai cita murnimu,
Rakan Muda! 

Ok lagu di atas takde kaitan dengan BiG DaY sy. Hanya sekadar selingan. Huahuahua.

Pak pak ke pak ke pak ke pung ke pung *bunyi kompang*


My Family! <3 td="td">

My new family! <3 td="td">
Macam biasa. Takde rasa nervous. Sebab kang kalau sy nervous melampau aptb! Nak senyum pun rasa bibir cramp. Serious pernah kena. Padahal orang lain yg bertunang. Tp aku yg nervous sendiri pastu nak senyum bibir kejang. Tah hape2 je aku ni.

So, I just chilled out and berasa happy2 sebab ramai kawan2 yg sudi datang. Excited bila sorang2 datang jengah sy kt bilik. Thanks semua! Best sangat dapat jumpa ramai kawan2 lama... Lepas tu rasa tak sabar nak bersanding. Hoho.




Persembahan zapin dan adat tol org Johor


Time bersanding tu nothing much la. Semuanya berjalan lancar dan sempurna. Alhamdulillah. Cuma sesi fotografi dengan baju hijau-hitam tu kurang sebab MBS nak cepat2 hantar family dia balik. So sy pun cepat-cepat lah tukar baju outdoor pulak. Pastu mak andam marah nape cepat sgt tukar baju sedangkan belum posing. OP pulak cakap "ruginya bayar mahal tapi gambar sikit". Haha tak kisah pun kot. Sebab kalau nak dilayankan sangat semua tu, sampai Isya' pun tak settle lagi ni. Huhu.


Rakan-rakan dan keluarga

Upacara Makan Berdamai dan memotong kek

5. BiG DaY - Photoshoot

Siap2 salin pakaian semua, sesi posing-memosing pun bermula. Yang kelakarnya mak andam pun carry dia punya camera besar macam OP jugak lepas tu minta kami beraksi macam2 depan pelamin. OP pun apa lagi, curi la jugak 2,3 pose depan pelamin tu. Awkward je rasa posing2 camtu. That's the reason why I've never consider modelling as my career. Eh, kaitan ke? Huahua. 


Settle depan pelamin kami bergerak ke bilik pulak. Oleh sebab bilik tu agak comel saiznya, so aksi posing-memosing agak terhad. Then we moved to outdoor photoshoot. Masa tu blurr gila tak tahu nak pegi mana. Last2 we've decided untuk pegi area sungai di hujung kampung jek. Lepas tu OP ajak pegi kebun getah siapa tah. Sesi photoshoot berakhir sebelum Maghrib. Alhamdulillah. Settled! Masuk je kereta sy terus cabut fake eyelashes! Weeee!! 







Sampai je rumah, periuk2 di sabak sedang menanti untuk dibersihkan....... T_T



Otey2... Shabar2...



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails